Monday, 22 July 2013

Serius Berblog Dan Jadi Terkenal?

Dalam pada mata tak mengantuk dan mood menulis datang ni saya tekan search blog ramai peminat.Tujuan tak lain tak bukan ingin tahu rahsia kejayaan mereka?

Untuk apa ketahui rahsia anda blog ini bukan untuk tujuan publisiti,sudah semestinya untuk dijadikan contoh teladan dikemudian hari.
Mungkin sekarang ini saya hanya punya blog yang hambar begini siapa tahu suatu hari nanti ianya akan menjadi perbualan hangat dr M di dalam parti ewah..Angan-angan tak sudah.

Baru 3 blog yang saya kunjungi setakat ini,yang pertama saya kunjungi kerna mencari penulis blog yang berjaya membuat buku aka novel dalam search.
Blog kedua dan ketiga kerna mereka punya ramai peminat.Bayangkanlah blog sorang tu even lama tak update ramai jugak yang bagi komen kat entri kompomlah ada foolower beriban beb.

Tapi nampaknya memang tak mungkin blog saya ini akan menjadi terkenal seperti mereka manakan tidak jauh benar panggang dari api nya dik.Aku menulis nukilan rasa yang tah hapa untuk tatapan sendiri tanpa promosi.Sedang mereka..gadis manis nan menulis pelbagai cerita menarik berserta gambar cantik.

Kau nak banding lagi ke?

So aku make dunno je tentang untuk jadi terkenal tu semua sebab bukan itu tujuan aku bina blog ini.Takde orang kenal or komen aku tak kisah.Janji saya bahgia dengan cara saya.Menjadikan blog sebagai rakan untuk mendengar suara hati.

Tak perlu sangat untuk serius berblog dan jadi terkenal .kerna tak dikenali itu lebih baik berbanding menjadi tumpuan orang.

Kenapa??
Kau pikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment