Ok aku memang noob kalau bab sosial yek.jangan kau nak terbahak pulak kat sana.
Facebook akaun pun saya tak punya.Betul sumpah baru tadi saya create akaun atas nama ini DOAKANSAYA.
ha beso tak besa aku tulis tu.itulah id fb saya sapa nak add silalah,
Dengar cerita kalau nak identiti online kena ada facebook betui ka? Cek memang tak tau pulak kena ada fb untuk dunia maya ni.
Orang dah kata macamtu saya ikut jelah.Maka dengan rasminya saya create acc sebentar tadi.Tak dilupakan juga page TALK TO ME BABE juga dicipta hari ini.
So sesapa nak cari kawan share something leh join page nun.Sila jangan malu dan segan.Free je kak.
Media sosial dan saya memang tak serasi.kerna itu memang takda muka saya terpampang kat wall tu harap maklum.Tunggulah aku cari gambar something nak letak kat situ sebab masih konpius nak letak pict apa.
Aku boleh dikatakan katak bawah tempurung kat perumahan tempat aku stay skung nipun aku cuma kenal berapa krat orang je tu pon kadang tak tahu nama just kenai muka sahaja.
So dah nama pon aku bagi katak bawah tempurung memang takda kawanlah jawabnya kiah.
As a housewife..
Dunia aku bangun urus anak kemas rumah masak layan pe'el anak dan suami itu je yang berulang tiap hari.Nak keluar bertandang dan bermesyuat tingkap memang tunggu kucing bertanduk gamaknya.
Boleh percaya ke?
Ko tak percaya sudah aku takde hal.Serius wei saya memang tak ada kawan dekat sini.Segalanya kerna dari pengalaman lampau kawan yang saya sangkakan boleh dibawa suka duka cuma mengambil kesempatan dikala hari cerah.
Bila ribut melanda tinggallah saya kebahasahan sendiri,cewahh ayat.
Kan saya dah bagitahu awal-awal lagi hakikat payah aka susahnya mencari teman sejati mejadi faktor untuk saya menulis disini.
Betullah kata orang teman suka senang dicari teman dikala duka amat sulit untuk ditemui.
Tapi jangan Risau segalanya dapat diselesaikain dengan fb.Facebook menghubungkan anda dengan mudah hanya klik and add,senangnya berkawan di fb sehinggakan budak hingusan pon boleh buat
tapi saya??
Saya memang xda add sesapa pun dalam fb macamna?so apa nak buat dengan fb acc ni kalau nak add orang pun tak reti kan.
So kalau ada lagi yang kata kat saya bahawa fb adalah wajib untuk identiti maya maka saya akan tanya balik kepada mereka--
apa gunanya fb kalau saya tak add orang dan tak ada sesiapa yang add saya?
ha jawab...jangan tak jawab
No comments:
Post a Comment