Persiapan raya korang amacam? Baju raya dah ready ke belum? Saya memang takda baju baru lagi.Time senak macamni baru nak search baju raya melalui en google.
Kalau raya tahun lepas kami memakai baju raya sedondon satu famili kali ini persiapan baju raya mesti mengikut trend terkini tak gitu baru namanya raya kan kan..
Banyaklah korang punya angguk.Bukan senang nak mencari baju raya murah dalam tahun 2013 ni taw.Sepasang baju harga dah cecah 350 mak ko.Rasanya dah lepas bayar ansuran kancil tuk sebulan tu.
Tu baru sepasang,kalau dalam famili ada 5 orang ko kira sendirila berapa kosnya.Baju raya lelaki juga tak kurang hebatnya lihat sahaja harga dan fesyen terbaru yang ada.Pening kepala hendak memilihnya.
Kalau dah bercakap tentang fesyaen semua tak mahu kalah.Baik ibu ayah anak semua nak bergaya.
Sudahnya habis 1k untuk beli baju sahaja.Amboi bukan main ko kiah.Agak-agak berapa sen lagi gaji ko tinggal?Kalau yang bergaji beso no hal lah wei,ni dahla gaji just cukup makan je tiap bulan apa cerita?
Lu Pikirlah sendiri beb.Tak mahu cakap banyakitu lu punya cerita.
Raya kian menjelang masing masing sibuk membuat persiapan.Baju baru dihari lebaran menjadi kemestian namun bukan untuk saya.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari lebaran, hari kemenangan setelah kita berpuasa sebulan.Meski Ramai diantara kita yang telah membuat persiapan raya semenjak awal tahun masih ada juga yang buat last minit seperti saya..Kenapa aku tak alert dengan kata orang baik bersiap dahulu ek aku pun tak tahu.
Bila difikir balik..Memang benar,sebaik-baiknyalahkan..mereka yang berpendapatan sederhana seperti keluarga kecil saya ini digalakkan untuk menyimpan sedikit uang setiap bulan untuk persiapan raya yang bakal menjelang bagi setiap tahun.
Bagaimana nanti kita cerita ok.
Sambung cerita tentang baju raya.
Tahuka korang..Setiap tahun,persediaan raya saya bergantung pada bajet yang ada,kalau cukup adalah baju baru untuk saya dan begitulah sebaliknya.Kerna yang menjadi kemestian adalah persiapan anak dan juadah dihari lebaran,serta duit angpow untuk kanak- kanak bertandang kerumah nanti.
Itu adalah kemestian kami suami isteri.Baju baru dan kasut baru anak dihari raya memang tak boleh lupa.Untuk kami berdua biarlah pakai apa yang ada sahaja.Pakai baju lawapun tapi dapur tak berasap ,takda guna juga kiah..
Tiap tahu Inilah dugaan seorang suri rumah yang tak punya pendapatan tetap seperti saya,nak harap n bergantung ngan suami sahaja mana tahan,so tak bleh la nak semua baru dihari raya.Kalaulah saya bekerja mesti lain ceritakan..Hem..
Bila difikirkan balik mungkin bukan saya seorang yang mengalami hal ini.Maybe ada juga surirumah yang punya nasib yang sama atau ada yang lebih menyedihkan lagi dari ini.So say Alhamdulillah.
Hakikat hidup dalam benda semua serba mahal lah ni membuatkan kita banyak berkorban akan kemahuan yang dihajati.Semua orrang paham beb takda yang tidak.
Hidup kalau nak harap gaji suami yang takat jadi penjawat awam memang payah.So malas nak komen nampaknya saya Duk pakai baju dalam mimpi jerlah gamaknyer.
Dah nasib n rezeki takat ni jer Syukur je la,ingat ada lagi orang yang hidup melarat dari kita,bagi aku kitani kira bernasib baik dah .So tak mahu pening kepala pikir pasal baju baru,masih banyak baju lama yang masih elok dipakai.Bukan pakai baju kurung hari-hari so memang sure orang takkan perasan punya.
*ayat untuk memujuk hati nan gian nak memakai baju baru*
Tapii..kan..Hati semakin tak tahan bila tengok gambar and iklan dalam Store online and fanpage butik baju muslimah disana sini.Haish..geram aku jah.
Takpa cuci mata kang masuk dalam mimpi pakai baju tu boleh je..haha
Keinginan aka kehendak wanita beb semua sama takda beza,nak yang baru,lawa cantik.Satu pesan aku buat penjawat awam sekalian jangan berhabis sangat untuk sambut raya,ingat kalau tak mampu buatlah cara tak mampu jangan sibuk melaram time raya then lepas raya ikat perut sebab poket dah kosong.
Ha sapa nak jawab nanti.
Bukan boleh makan ko punya baju kurung peplum mak lum segala lepas raya tipah.Renung-renungkan.. ada akal pakai naa..
No comments:
Post a Comment