Sunday, 21 July 2013

Cinta Bukan Sekadar Ucapan!

Ramai yang keliru dengan maksud cinta,asal orang selalu berfikiran cetek sebegini..Bagi mereka cinta itu untuk diluahkan,bagi mereka mendengar ungkapan serta madah cinta adalah lambang cinta yang menjadi dambaan.

Pernahka kita terfikir adakah itu cinta andai setelah keluar dengan beberapa perempuan simpanan sebagai( stok cinta)beliau.. kemudian si jejaka menabur janji manis serta madah pujangga yang membuatkan hati wanita cair dan melayang?

Cintaka begitu?
Jangan terpengaruh dengan mulut manis dari sang buaya tembaga namun lihatlah tindak tanduknya.
Gunalah akal,hati dan iman untuk menilai sebuah kejujuran walaupun ianya bukan perkara mudah untuk dilakukan.

Lelaki akan sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.Maka justeru itu dia akan melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian anda.

Harus diingat lelaki bermulut manis hanya mahukan satu benda dari anda..apa itu?Hartamu paling berharga!!

Jadi sila berhati-hati dan jaga-jaga..

Kebanyakan lelaki akan menggunakan istilah pujuk rayu janji manis..dan segala macam untuk memujuk anda..

Hei lelaki!!
Cakap memang senang bang nak kotakan tu yang payah.
Fikirlah adik gadisku sekalian berapa ramai yang telah terpedaya dengan kata cinta lelaki hingga hilang maruah diri.Mulanya mungkin engkau dilayan seperti permaisuri namun setelah dia jemu kau akan dibuang seperti sampah.

Maka jangan jadi mangsa sedemikian rupa.Fikir dan pilihlah yang terbaik untukmu.

Akhir-akhir ini agak Sukar untuk mencari lelaki Setia!!
Kenapa?

Mungkinkah kerna kehadiran wanita yang melebihi dari mereka membuatkan lelaki semakin tamak?
Cuba lihat berapa ramai lelaki yang ingin menambah kuota untuk menambah isteri.
Kononnya..Alasan ikut sunnah nabi..sedangkan nak berlaku adil seperti nabi itu Haram nak laksana..apa cerita??

Kesimpulannya..

Selalunya..Lelaki bermulut manis punya udang disebalik mee...
Harus di ingat!!ada juga lelaki romantik yang semula jadi dan tak mengambil kesempatan..Cuma anda perlu cari dengan teliti dan terus memilih.
Jangan main snap and grab  macam cookies jer.

Lihatah lelaki pada hatinya..Bukan paras rupa atau hartanya.
Bagaimana ? Serahkan pada yang Esa.Bermunajatlah dan berserah kepada Allah tentang cinta kau terhadap manusia.

Cintailah Allah terlebih dahulu sebelum kau mencari cinta didunia..Most important sayangi diri sendiri taw

No comments:

Post a Comment