Hakikat bahawa saya yang sememangnya agak ketinggalan tentang berbelanja atas talian ini membuatkan saya sedikit terpinga untuk mencari store online yang dipercayai serta menawarkan harga murah sebelum membuat pembelian baju online ini.
Bila ternampak iklan baju murah dalam store online saya akan klik and terus survey...tapi..
Kalau orang dah berduyun order barang saya masih lagi terkial meneliti tentang store tersebut.Wujudka kedainya,real ka taukenya..bla bla and so on.
Bukan takat nak harga murah dek, tak mahu tertipu pula nanti.Kang dia letak harga murah tapi last barang tak sampai.Duit ko lesap begitu saja ha..mana nak mengadu?
Aik ko jangan tanya aku..memang angkat bahulah jawabnya.
So sapa tahu mana nak beli baju berkualiti dengan harga murah secara online meh share dekat saya.Nak juga tahu mana port korang shopping online selama ni.So takdalah saya alami kes pembelian yang tak pasti.
Sebab bagi saya bukan senang untuk meletakkan kepercayaan kepada owner store yang semakin ramai skunkni.Semua orang nak jadi taukey jah oi tapi kalau betul- betul jujur takpa.Ni tauke kerja tipu orang je nak habaq sapa?
Nak report pon takda gunanya.So berhati-hati time mencari store online yang menjual baju murah ye adik-adik.Biarlah harga setanding kualiti,dan jangan ingat barang murah tu semua tak berkualiti ya.Kerna bukan semua barang mahal itu bagus.Kadang-kadang ianya mahal hanya kerna kedai/ taukey itu sudah ada* nama* atau model yang mereka gunakan.
Tanya otak dan poket anda untuk membeli baju online yang murah.